Tuesday, February 15, 2011

Fish

Fish: "Add a touch of nature to your page with these hungry little fish. Watch them as they follow your mouse hoping you will feed them by clicking the surface of the water."

Wednesday, February 9, 2011

final project (ayam n ladang)

hai2....lamanya x update blog ni..maklumlah busy sikit..eh2..bukan sikit..tapi kannnnnnnnnn..busy banyak2..hehehe..maklumlah sekarang aku da ada anak..ramai tuh...400 ekor..hehehee..anak yang aku maksud kan tu adalah anak.........ayam la..anak ayam yang ditinggalkan oleh emak dan ayahnya dan kami dipaksa rela untuk menjaganya..eeee....masa mula2 sampai ari tuh punya la cantik..sumer comel2...tapi bila da lama2..nyampah pulak aku nga ayam2 ni..da la wangi...ehek2..jngan salah faham..busuk la..busuk giler..ari2 kena main nga taik..boleh pengsan baunya..adoi..da la suka patuk2..sakit la ayam oi..macam nak sepak2 jer..eeeeeeeeeeeeeeeeee.....geram tul..hehee..tapikan yang comelnya.dia suka tarik2 baju aku,patuk2 aku nyer gelang..hehee..comel la pulak..ermmmmmmm....tapikan lagi 2 minggu da nak harvest..sedih la plak..da lama kami jaga..waaaaaa...ayam2 sumer bersiap2 sedia la untuk disembelih dan dijadikan ayam kari..yummy2..sedap giler..dah la sedap..giler plak tu..hahahahahahaha.tapikan dalam banyak2 ayam tu kan..ada la sekor ayam ni cacat..siannya..macam main gimnastik bak kata ahli group aku..sian weh..nak jalan terkangkang2....sian giler...aku nak citer ni...citer ni sangat2 la sedih...Pada satu pagi,aku pegi reban nak bagi ayam2 tu makan..tetibakan aku tengak ayam yang gimnastik tu nape la xnak gerak2..biasanya la kalau bagi makan dia la paling cepat bergerak ke palang makanan.tapi pagi tadi,dia xnak gerak..rupa2nya kan..jeng2..hehehehe..cuba sambung ayat tu..hehehehehehe..mesti korng nak tau agi kan..hehe..t aku gtau..camni la..rupa-rupanya kaki dia tersekat kat celah2 papan..aduh..sakitnya..da la satu kaki da tempang,tambah satu kaki ag..sian tol..xleh jalan dah..tapi nasib baik la group aku ni ada penyelamat ayam yang berwibawa..hehehe...alhamdulillah akhirnya kaki ayam tu leh dilepaskan..pikir2 balik..lawak giler babeng la..hahahahaaaha..erm...xpe la.ni semua pengalaman dan kenangan yang terbaik selama 3tahun aku di UPM..wah lah...xlama lagi aku akan meninggalkan UPM KB yang tercinta ini dengan penuh kenangan manis..huh!!ayat..xleh bla..bla la wei cepat2 kat upm ni....hehehe..menyemak je korang..hahahahha..ish panjang lak aku citer sal ayam ni..bila nak masuk ladang ni....


ok.......................sekarang aku masuk bab ladang lak...ladang sangat2 best.ehhehe..xbnyak kot benda aku nak citer sal ladang ni..tapi yang pasti..semua group dibagi satu plot yang berukuran 0.25 ekar untuk ditanam dengan pelbagai sayur tapi yang wajib tanam adalah jagung,sawi dan kangkung..hehehe..tapi kami diberi tugasan untuk tanam sayur ensabi..korang pernah dengar ensabi????mesti x kan??aku pun sebelum ni xpernah dengar jugak..tapi lec aku cakap en sabi ni sawi orng iban..pasaran kat sarawak sangat bagus..so,kitarang cuba la untuk tanam..setakat ari ni alhamdulillah la..masih hidup ag..hehehehe..xsabar nak harvest n nak habis....huh!!!!!!!!dah la..bnyak giler membebel.penat doh tangan aku dok taip..lain kali aku update ag..penat sudah..hahaha..bye2 you alls....
 ayam yang pemalas sangat2..eee...da la xcomel
 pandai je korang beratur untuk makan kan..hehehe
 sangat comel masa mula2 sampai.tersentuh hati tengak anak2 ayam ni yang ditinggalkan emak n bapak..
 semua kelaparan dan kehausan selepas turun dari fligt

 ni da besar..xcantik..busuk..hehehe
 yang ni comelkan.hekhekhek..memain jek
 ni ladang kami masa hari first..huh!!
 apabila batas da naik
 semua kepenatan...


p/s : kepada group 2 yang disayangi..aku sangat best nga korang sumer..aku akan simpan kenangan bersama korang selama2nya sehinggalah aku keje,kawin n ape lagi ek??ermm..yg penting aku xkan lupakan korang walaupun kita terpisah..hehehehehee








Friday, February 4, 2011

Delete 14 Februari dalam kalendar minda kiter

 artikel dari i luv islam.....

Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.
Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.
Menyimpang
Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.
Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.
Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.
Asal-usul Hari Kekasih
Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.
Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.
Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.
Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.
Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.



Mengapa suka cakap belakanng????

Di sini aku nak kongsikan satu artikel dari satu laman web...semoga jadi pengajaran kepada semua dan jugak peringatan kepada diri aku sendiri.....

Saya menerima sebuah e-mel daripada seorang sahabat. Sharifuddin menceritakan keadaan warga syarikatnya yang tidak sampai 10 orang itu hendak berhenti kerja secara beramai-ramai.
Puncanya kerana dia hanya memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangannya.
Saya hairan kerana setahu saya, syarikat pembekal alatulisnya itu tidak pernah memberi bonus sejak mula beroperasi.
Mengapa pula mereka hendak berhenti kerja bila taukenya hendak memberi bonus?
"Aku pernah bersembang dengan seorang staf, niat aku hendak beri bonus kepada semua kakitangan aku. Dia boleh bawak cerita kepada staf yang lain yang aku nak beri bonus tiga bulan gaji. Bila aku beri sebulan gaji, masing-masing merajuk dan nak berhenti kerja. Mereka tuduh aku berbohong! Nasib baik aku panggil staf aku yang jadi penyebar cerita palsu itu menceritakan kepada semua staf dalam sebuah mesyuarat. Kalau tidak, aku boleh tutup kedai."
Alhamdulilah kerana Sharifuddin dapat menangani masalah di syarikatnya yang kecil itu. Fitnah yang besar di dalam sebuah syarikat yang kecil itu dapat dihidu dan disusur puncanya lalu diselesaikan.
Bagaimana pula kita yang bekerja di syarikat yang besar, kawasan perumahan yang besar atau kampung yang besar?
Yang pasti, saban hari berita benar dan palsu datang kepada kita bersilih ganti hingga kita tidak dapat mengenal yang mana satu yang benar dan yang mana salah.
Yang bahayanya, berita itu tiba dalam bentuk pertuturan, bisikan dari telinga ke telinga sehingga kita tidak tahu dari manakah sumbernya. Malangnya, kita mudah mempercayainya.
Mengapa? Di antara punca utamanya ialah sikap kita yang mudah menerima apa yang disampaikan secara cakap belakang-belakang.
Kita mudah menerima cerita yang disampaikan secara tidak rasmi ini kerana di dalam mana-mana kelompok manusia, akan terdapat seorang penyampai berita yang handal dalam mensensasikan apa jua khabar.
Lazimnya, si penyampai berita ini mempunyai cara pertuturan yang amat menyakinkan. Sesuatu berita disampaikan dengan intonasi suara yang memukau, mimik muka yang mempengaruhi si pendengar dan gerak geri yang dramatik.
Sudah tentunya penyampaian yang sebegini akan membuat kita terpesona dan terlupa rasional serta logika. Sehingga akhirnya kebenaran itu dikaburkan dengan kebatilan.
Kerana itu, di dalam sesebuah organisasi, seseorang yang bertukar jabatan kerana kenaikan pangkat boleh digosipkan sebagai seseorang yang diturunkan pangkat.
Orang yang mengundur diri daripada sesuatu jawatan kerana kurang sihat dikatakan sebagai dibuang dan orang yang mengubah pendirian kerana menghormati keputusan mesyuarat boleh dianggap orang berperangai lalang.
Si penyampai berita inilah yang menggodam apa yang benar kepada yang palsu. Malangnya, yang palsu inilah yang dipercayai.
Mengapa pula yang palsu ini dipercayai hingga ia menjelma menjadi benar? Ia terjadi kerana kita juga. Ramai di kalangan kita terdiri daripada mereka yang lebih suka mengangguk untuk mengiyakan.
Kita malas untuk berfikir sama ada apa yang disampaikan itu betul atau salah.
Lagipun, kita segan untuk mempersoalkan apa yang disampaikan kerana hendak menjaga hati si penyampai berita.
Akibat kasihan kepada si penyampai kerana tidak mahu dia malu alah jika kita bertindak dengan menyoal sumber berita yang disampaikan, akibatnya, kita memperoleh maklumat yang salah.
Oleh kerana kita perlukan maklumat untuk membuat keputusan, maklumat yang salah akan menghasilkan keputusan yang salah.
Sepatutnya, apabila kita memperoleh sesuatu khabar, perkara pertama yang harus kita lakukan ialah bertanyakan sumber berita yang diperoleh si penyampai.
Dengan maklumat itu, kita harus terus merujuk kepada sumber itu untuk memperoleh kepastian. Tindakan ini akan mematikan fitnah di sumber asalnya. Dan, yang lebih penting, kita akan disegani kerana berani memberhentikan cakap belakang daripada berleluasa.
Dalam pada kita berani menghentikan cakap-cakap belakang, jangan pula kita terjerumus pula menjadi salah seorang daripadanya.
Ini boleh terjadi jika pada mana-mana ketika, kita malu untuk mengaku yang kita tidak tahu mengenai sesuatu perkara apabila ditanya mengenainya.
Oleh kerana hendak menyedapkan hati si penanya, maka kita pun mencipta cerita yang kita rasa logik.
Tanpa kita sedari, tindakan itu akan menjadikan kita si penyebar fitnah. Sedar-sedar, rupa-rupanya, kita pun apa kurangnya?

p/s:kesimpulannya....tengak diri sendiri dulu baru cakap orng..aku nak insaf lepas ni..astagfirullahalazim

Final SEm =)

Sebut jer sem 6 ni kan..mesti semua pikir....bestnya..da nak habis study da..tapi hakikatnya..sem last ni sem paling penat kot untuk habiskanya..erm...sem ni perlukan bnyak kesabaran untuk habiskannya..ye lah keje pun banyak giler,exam lagi..adoi..agak penat la..penat sangt2..cuti mid sem bagaikan tidak cuti langsung bagi kami budak2 DIPLOMA PERTANIAN SEMESTER 6..tempat holiday kami adalah hanya di reban ayam dan diladang sayur..maklumlah kami ni petani..sekarang aku dapat rasa penat lelah abah dengan umi aku nak besarkan aku sampai aku boleh masuk u ni...so,untuk semester last ni aku kena buat yang terbaik dan kalau la ada rezeki aku nanti,aku akan sambung belajar ke ijazah dan insyallah di serdang..hekhekhek..doakan aku dapat sambung study yer kawan..tapi kan..kadang2 aku nak sangat cepat2 habis sem 6 ni..aku nak balik..xsabar nak tunggu bulan 5 nanti..(wahai bulan 5..cepat la menjelma )ermmmm..kalau dipikirkan balik la kan...sedih jugak nak habiskan sem 6 ni..entah bila la nak jumpa kawan2 kat sini ag...habis jer sem 6 ni..semua bawak haluan masing2..tapi satu jer..aku akan abadikan selalu kenangan pahit dan manis aku sama2 kawan2 baik aku kat sini..aku akan selalu ingat pada kakak kecik aku iaitu kak hana..yang bnyak tolong aku dan thanks jugak kepada hani coz jadi kawan terbaik aku.aku akn selalu ingat korang...ye lah..kita tinggal 2bulan lebih je lagi kot sama2..erm..tapi biasala kan.ada pertemuan ada perpisahan..hehehe..ape aku merepek panjang2 ni..kepada yg bosan sila jngan baca yer..aku merepek jer ni...huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu...nak balik!!!!!!!!hehehehehe..k la,nak tido...sampai sini je lah..panjang lak merepek2 entah hape entah atas tu

p/s: aku sayang korang yang bernama sahabat..luv u all!!!!!!!